"Food Waste Composted Program" 2018

Majlis Pelancaran "Food Waste Composted Programme" anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI dengan kerjasama Terracode Sdn. Bhd. telah diadakan  setelah pelajar-pelajar UPSI mengikuti kursus  kegunaan mesin kompos  yang dikendalikan oleh Encik Lai Hang Kuang, Pengarah Syarikat Terracode Sdn. Bhd. selama 3 hari berturut-turut di Kafeteria Dewan Kuliah Pusat, Kampus UPSI.

 

Pada hari ini, para peserta membuat tunjuk cara pengoperasian kegunaan mesin kompos kepada YB Tuan Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Tg. Malim selain  pemberian taklimat tentang objektif program oleh Encik Lai Hang Kuang dan Profesor Madya Dr. Che Zalina sebelum berlangsungnya majlis perasmian oleh YB Chang Lih Kang.

 

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Che Zalina bt. Zulkifli atas daya usaha proaktif melaksanakan program transformasi yang memanfaatkan komuniti UPSI selain dapat menjana sumber pendapatan masyarakat.

 

Beliau turut  berbangga atas kebolehan anak jati Malaysia mencipta mesin kompos sisa pembuangan makanan kepada penghasilan baja.

 

Sebagai institusi pendidikan yang terulung, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berslogankan Universiti Nombor 1 Pendidikan diharapkan dapat terus merancang lebih banyak aktiviti atau program yang mampu menyemaikan semangat dan mencungkil bakat keusahawanan selain prasarana  kekreatifan informasi maklumat demi pembangunan dan transformasi kemajuan hidup komuniti sejagat.

Launching of the "Food Waste Composted Program" organized by the University Community Transformation Center, Faculty of Computer Science and Creative Industry, UPSI in collaboration with Terracode Sdn. Bhd. was held after students of UPSI attended the course of composting machine used by Mr Lai Hang Kuang, Director of Terracode Sdn. Bhd. for 3 consecutive days at the Central Lecture Council Cafeteria, UPSI Campus. Today, participants are demonstrating the operation of compost machine use to YB Tuan Chang Lih Kang, MP for Tg. Malim besides providing briefing on program objectives by Mr Lai Hang Kuang and Associate Professor Dr. Che Zalina before the opening ceremony of YB Chang Lih Kang. He congratulated his Associate Professor Dr. Che Zalina bt. Zulkifli for proactive efforts to implement a transformation program that utilizes the UPSI community as well as generating community income sources. He is also proud of the ability of Malaysian teakers to create compost waste machines for fertilizers. As the premier educational institution, the Sultan Idris Education University, which is enrolled in the Number 1 Education University, is expected to continue to plan more activities or programs that can promote entrepreneurial talent and information creativity as a means of development and transformation of the community's progress.

Copyright © GEC Integration sdn bhd (1189486-T) All Rights Reserved

Office :

2980-02, Kompleks Chai Leng,

Jalan Baru,

13700 Prai, Penang,

北赖,檳城,马来西亚

info@gec4green.com

mail.gecsb@gmail.com

member of :

Collaboration University :

#gec #gecintegration #composting #composting-machine #composting #green #environment #compostingmachine #malaysia #asia #africa #china #hongkong #USA #europe #kedah #penang #recycle #foodwaste #foodwastesolution #wastemanagement  #waste_management  Composting Equipment for sale , buy compose malaysia